Beruang di Kanada

Sekiranya selama ini, saya boleh lihat beruang di zoo.  Mana-mana zoo di Malaysia pasti ada beruang.  Namun perasaan keterujaan itu rupanya tidak sama…

Walaupun saya hanya mendengar cerita daripada suami tentang beruang di jumpai di pejabatnya.  Bukan sahaja teruja tetapi terkejut… termenung.  Kenapa pula termenung?  Sebab kami berkongsi habitat yang sama.  Hanya membezakan kami beruang tinggal dalam pokok, saya tinggal dalam rumah.  Lengkap dengan dapur dan juga bilik tidur.

Jiran sebelah rumah saya Carol pernah bercerita pada saya… "Beware Siti... there's a bear"

Bila pertama kali mendengar dari jiran dan juga kawan-kawan yang lain tentang beruang pada winter,  saya tidak percaya beruang boleh berjalan bergelek-gelek di jalan raya bersama manusia.  Tetapi kali ini saya kena percaya.  Bukan seekor tetapi berekor-ekor.  Kelakar kan?  Tapi itu realiti yang perlu kami sekeluarga hadapi kami berkongsi habitat. hihihi…

Di kiri-kanan jalan raya, saya boleh lihat pokok-pokok berwarna kuning seperti pokok sayur kobis hidup merata.  Ia tumbuh seperti cendawan pada musim ini.

Saya diberitahu oleh Carol... "It's a bear's food, Siti".

Ada juga rakan-rakan dari Malaysia yang mencadangkan saya buat ulam sebab ia boleh di makan.  Alamak! Habis makanan beruang nanti.

Apa yang perlu kami lakukan, bila jumpa beruang… jauhkan diri dan larikkk...😂😂





Gambar yang diambil dari cctv pejabat





0 ulasan