Pengalaman tanam pokok durian, pokok mangga dan pokok jambu

Entri 46

Assalamualaikum w.b.t

Saya ni merupakan seorang yang tidak pandai berkebun tetapi teringin berkebun...dapat suami juga tidak suka berkebun.  Katanya biarlah tanah tu luas terbentang… masalahnya ia terbentang dengan semak samun sekiranya ia tidak diusahakan.  Dua tahun lepas saya memang ada maid.. bibik seri namanya sebelum tu bibik saya namanya bibik Suci… Bila habis kontrak saya tak sambung dah kontrak bibik saya, baliklah mereka ke kampung halaman… dan sebenarnya yang paling rajin ialah bibik-bibik saya yang mengusahakan tanah di belakang rumah ni… syukur dapat bibik yang rajin.

      Bila saya mula berminat untuk menanam pokok.  Barulah saya tahu rupa-rupanya tanah di belakang rumah saya ni penuh dengan batu.  Patutlah tanam pisang tak jadi, tanam serai mati.  Rupa-rupanya batu di bawah tanah banyak.  Memang confirmlah pokok mati...kalau tak pun pokok tu tak berbuah langsung, macam 2 batang pokok kelapa saya ni dah lapan tahun macam tu je lah rupanya.  Susah sungguh nak membesar, kena minum susu kot…

      Sudah hampir 2 minggu saya mengusahakan tanah di belakang ni, yang mana saya berhajat nak tanam pokok durian musang king, manga harum manis dan pokok jambu batu.  Mula-mula saya search kat FB.. jomtanamsendiri.  Alhamdullilah dapatlah kiranya saya jumpa fb page tanam pokok hibrid.  Kalau sesiapa berminat boleh hubungi Puan Farida dari Pahang 011-25458599.  Penghantaran yang cukup bagus dan cepat guna khidmat GDEX.

Koleksi Sitikb
Ni lah dia, tiga pokok hybrid.  


Koleksi Sitikb
Saya buat lubang sedalam 2 kaki, kemudian gantikan dengan tanah organik.  Sebelum saya tanam pokok..saya letak baja tahi ayam dan biarkan selama sehari supaya ia sebati dengan tanah.

Koleksi Sitikb
Teman di kala proses menanam.  Ramai pula yang datang..

Koleksi Sitikb
Pokok Jambu Lohan 

Koleksi Sitikb
Pokok Mangga Harum Manis

Koleksi Sitikb
Tanah yang digunakan untuk menggantikan tanah yang sedia ada.  Boleh dikatakan murah sebab 10kg = RM 10.83.  Saya beli di Kedai Living Depot.

Koleksi Sitikb
Pokok Durian Musang King

Koleksi Sitikb
Barisan pokok yang sudah di tanam.. alhamdullilah.. Semoga jadilah ye... Pesanan daripada Puan Farida kena siram pagi dan petang memandangkan cuaca panas sekarang nih..

Ok...kena tunggu dia membesar ye



0 ulasan