Entri 47
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya ingin kongsikan tentang sifat tawakkal.. ia mudah disebut tetapi tidak mudah untuk dipraktikkan.. Cerita ini ingin saya kongsikan kisah tawakkal seorang ibu iaitu Mak saya sendiri..
Mak merupakan seorang wanita yang sangat sabar sesuai dengan namanya Sabariah.. Terlalu banyak keistimewaan yang ada pada wanita ini, sangat cekal, sabar melayan karenah anak-anak tak kurang juga perangai si suami. Saya juga mempunyai seorang kakak istimewa Kak Jora, penghidap autism sejak kecil… Jarang sangat saya melihat Mak melenting memaki hamun dengan suara yang melantun-lantun sampai jiran tetangga dengar. Mak cukup menjaga tutur kata dan kadang-kadang saya katakan tidak adil Mak melalui kehidupan seperti itu.
Tapi hari ni saya bukan nak kongsikan tentang kesabaran Mak saya tetapi tentang tawakkal beliau. Sejak kematian arwah abah, Mak mejadi lebih cekal dalam mengharungi kehidupan. Setiap subuh Mak pasti pergi ke masjid berjemaah jarang sangat Mak tidak ke masjid melainkan jika Mak tiada di rumah. Solat maghrib dan isyak juga Mak ke masjid...jarang pulang ke rumah di antara maghrib dan isyak. Masanya lebih banyak di masjid, katanya rasa tak best kalau tak ke masjid. Bukan itu sahaja solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat sudah menjadi darah dagingnya. Mak juga aktif dengan aktiviti-aktiviti masjid Bersama kawan-kawannya seperti marhaban, kenduri kahwin. Hampir kesemua acara di kampung Mak boleh penuhi walaupun Mak tidak pandai memandu dan menunggang motosikal tapi Mak pandai menyusun jadualnya. Itulah kebahagiaannnya.
Ketika awal perkahwinan saya, saya tinggal bersama dengan ibu bapa sehingga saya melahirkan anak kedua. Ketika itu, kerjaya saya menuntut saya banyak ke luar daerah dan saya meninggalkan anak-anak kepada tanggungjawab Mak. Teruk betul rasa perangai masa tu... Walaupun Mak sibuk menjaga anak-anak saya, ibadah rutin yang Mak lakukan sebelum itu tidak pernah terputus kerana menjaga cucu. Mak kata sambil tidurkan Umar habis jugak 1 juzuk Al-Quran. Allahuakbar, jauh sudut hati saya sangat salute dengan Mak. Mak sentiasa mencari peluang dekat padaNya. Mak kata Allah kan ada, boleh jaga… "Mak lari sekejap time subuh tu, Mak bacalah doa moga Allah jaga Umar sambil tidur Mak solat subuh. Balik daripada subuh, Mak tengok Umar tidur lagi."... Mak kata Mak bagi susu kat Umar sebelum pergi masjid. Begitulah Mak, tawakkal pada Allah bahawasanya Allah akan jaga Umar. Saya juga sangat paham kanak-kanak kadang-kadang ada masanya banyak ragamnya. Tapi Mak sentiasa katakan pada saya sentiasa bacakan doa dan ayat-ayat suci supaya hati anak-anak tenteram.
Mak juga ada hobinya tersendiri iaitu bercucuk tanam dan juga membela ikan serta ayam. Walaupun sibuk menjaga keperluan makan minum cucu-cucunya juga suaminya (masa tu abah ada lagi). Rumah Mak di kelilingi pokok-pokok bunga yang rimbun. Bayangkan keluasan tanah rumah Mak tu boleh saya katakan rumah banglo comel tapi banglo ala-ala kampung. Pokok-pokok tumbuh subur malah ada sayur-sayuran yang Mak tanam sendiri seperti kunyit, halia, lengkuas, pisang, jambu batu dan banyak lagi. Pokok-pokok itu seperti memahami kesibukan tuannya dan tidak banyak ragam, mereka terus tumbuh dengan subur. Malah ayam-ayam yang Mak bela juga menjadi-jadi, telur ayam kampung semakin menjadi-jadi. Syukur sangat alhamdullilah. Anak-anak saya tidak pernah kelaparan kerana kesibukan Mak.
Begitulah cerita perkongsian Mak saya, saya memang tak boleh jadi seperti Mak… Semoga Allah kurniakan kesihatan yang hebat buat Mak… mmmuuuaahhh...Mak seorang superwoman!!!
Insyaallah di lain entri saya akan ceritakan lagi tentang Mak lagi...ok byeee
Catatan Harian di pagi yang barakah,
Entri 46
Assalamualaikum w.b.t
Saya ni merupakan seorang yang tidak pandai berkebun tetapi teringin berkebun...dapat suami juga tidak suka berkebun. Katanya biarlah tanah tu luas terbentang… masalahnya ia terbentang dengan semak samun sekiranya ia tidak diusahakan. Dua tahun lepas saya memang ada maid.. bibik seri namanya sebelum tu bibik saya namanya bibik Suci… Bila habis kontrak saya tak sambung dah kontrak bibik saya, baliklah mereka ke kampung halaman… dan sebenarnya yang paling rajin ialah bibik-bibik saya yang mengusahakan tanah di belakang rumah ni… syukur dapat bibik yang rajin.
Bila saya mula berminat untuk menanam pokok. Barulah saya tahu rupa-rupanya tanah di belakang rumah saya ni penuh dengan batu. Patutlah tanam pisang tak jadi, tanam serai mati. Rupa-rupanya batu di bawah tanah banyak. Memang confirmlah pokok mati...kalau tak pun pokok tu tak berbuah langsung, macam 2 batang pokok kelapa saya ni dah lapan tahun macam tu je lah rupanya. Susah sungguh nak membesar, kena minum susu kot…
Sudah hampir 2 minggu saya mengusahakan tanah di belakang ni, yang mana saya berhajat nak tanam pokok durian musang king, manga harum manis dan pokok jambu batu. Mula-mula saya search kat FB.. jomtanamsendiri. Alhamdullilah dapatlah kiranya saya jumpa fb page tanam pokok hibrid. Kalau sesiapa berminat boleh hubungi Puan Farida dari Pahang 011-25458599. Penghantaran yang cukup bagus dan cepat guna khidmat GDEX.
Ni lah dia, tiga pokok hybrid.
Saya buat lubang sedalam 2 kaki, kemudian gantikan dengan tanah organik. Sebelum saya tanam pokok..saya letak baja tahi ayam dan biarkan selama sehari supaya ia sebati dengan tanah.
Teman di kala proses menanam. Ramai pula yang datang..
Pokok Jambu Lohan
Pokok Mangga Harum Manis
Tanah yang digunakan untuk menggantikan tanah yang sedia ada. Boleh dikatakan murah sebab 10kg = RM 10.83. Saya beli di Kedai Living Depot.
Pokok Durian Musang King
Barisan pokok yang sudah di tanam.. alhamdullilah.. Semoga jadilah ye... Pesanan daripada Puan Farida kena siram pagi dan petang memandangkan cuaca panas sekarang nih..
Ok...kena tunggu dia membesar ye
Entri 44
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari kedua dalam minggu ini saya pergi berjogging. Sambil berlari kita akan melihat suasana sekeliling yang mendamaikan tenang dengan bunyi kicauan burung bercak-cak di atas pokok… Mulalah mata ni terintai-intai mencari bunyi burung. Malangnya burung tak jumpa tapi selonggok sampah yang bertaburan yang kita jumpa. Sakit betul mata kita melihatnya, ditambah lagi dengan puntung-puntung rokok yang bertaburan di sana-sini. Sebenarnya isu ini dah selalu sangat di utarakan naik jelak pulak….
Bukan saya ingin memuji diri sendiri tetapi realitinya saya memang tidak suka orang buang sampah merata-rata malah ketika berjogging. Saya akan berhenti dan mengutip sampah. Kadang-kadang saya terfkir setelah beberapa kali membuat pusingan tasik, saya melihat sampah yang sama masih ada di situ. Sedih rasanya kerana begitu ramai yang berjogging, tidak ramai yang ambil inisiatif untuk mengutip sampah di laluan larian… Mereka hanya sebagai pemerhati rupanya. Jangan terkejut sering saya mendengar mereka mengatakan sampah itu nanti ada pekerja-pekerja yang akan mengutipnya. Anda tahu pekerja-pekerja itu bukan warganegara Malaysia. Apa salahnya sambal berjogging kita mengutip sampah. Memudahkan kerja orang lain itu lebih murni, jangan hanya mementingkan diri sendiri. Saya amat yakin sekiranya amalan ini menjadi satu tabiat dalam masyarakat kita, negara kita akan menjadi bersih. Negara yang maju bermula daripada kebersihan…
Saya juga mengajak masyarakat sama-sama berjogging menjaga kesihatan. Aktiviti sukan yang paling murah dan mudah. Hanya sarungkan baju yang bersesuaian dan berlari…
ni merupakan rawatan refleksiologi. Saya pakai kasut pun dah terasa sakit telapak kaki tapi ia memang sangat bagus… cubalah..
Bukan sahaja puntung rokok malah pemetik api pun di buang merata-rara
Selepas berjogging, saya singgah sebentar di perpustakaan… buku ini sudah berada di sini… bacalah anda akan terasa getaran hati… boleh juga kalua nak beli di MPH ada…
Ok... sampai di sini entri saya kali ini….mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah Taala…
Aminnnnn
Entri 42
Assalamualaikum w.b.t …
Macam-macam hal gaya orang beraya kan... tapi yang paling best sekali anak-anak la kan... untuk kali ni saya nak kisahkan
Saya masih teringat lagi, masa zaman kita sekolah rendah mak la yang paling sibuk menyiapkan masakan-masakan untuk open house yang saya minta buat...konon nak raikan kawan-kawan kann. Kelam-kabut Mak kita menyiapkan persiapan untuk kita bawa ke sekolah... Pagi-pagi dah bangun masak macam-macam, masa itu tidak terfikir pun tentang kepenatan Mak kita menyiapkan permintaan kita..
Tetapi, yang paling best Mak tetap menyiapkan yang terbaik untuk kita bagi meraikan kawan-kawan di sekolah.
Kali ini giliran kita pula melayan anak-anak. Semoga ia menjadi contoh dan manfaat kepada generasi kita nanti.
Ni la bahan-bahan untuk buat pudding caramel... semangat tuhh...hihi
Taraaaa….hasilnya 20 bekas untuk geng Lana 20 bekas untuk geng Umar
Terima kasih saya ucapkan buat
AzieKitchen … di situlah menu yang saya copy and paste … paling sedap setakat ni lah...kata suami cewahhhh
Dalam pada itu ada la cerita lain Umar sibuklah kata samping dia hilang. Saya pun tak tahu kat mana dia tinggalkan, di rumah nenek atau rumah opah. Bila tanya dengan kedua-duanya semua kata tak jumpa. Haish Umar ni… maka berlarilah saya mencari kain samping 1 meter setengah, kenalah jahit sendiri walaupun tak pernah jahit samping, akan ku usahakan wahai anakku… kesian juga tengok mukanya jenis budak yang proper bila berpakaian. Umar tak kan pakai baju melayu tanpa samping.
Hasilnya...alhamdullilah
Hensem la pulak
Kata Umar, ramai yang kata dia hensem bila balik dari sekolah. Bukan main bersemangat bercerita tentang kehenseman dia.. hahahaha Umar Umar…
Ok lah tu...tu sajalah cerita untuk entri kali ni...