Sambutan Raya di Kanada

Assalamualaikum w.b.t.

Satu kurniaan yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga adalah merasai pengalaman berhari raya di bumi mat saleh.  Walaupun sebenarnya pada hari raya pertama hingga hari raya keempat, kami sekeluarga berdiam diri tanpa sebarang sambutan ataupun menjemput jiran tetangga tetapi kami diberi peluang memenuhi undangan berhari raya di Calgary, Alberta.  Itu namanya sambutan senyap-senyap.

Saya bersama suami membeli donut Tim Horton's dalam 70 ketul untuk dijamu pada rakan-rakan suami di pejabat dan sebahagian lagi saya hantar ke sekolah anak saya untuk jamuan makan tengahari pada hari raya pertama.  Bukan kami tidak mahu jamu rendang, kami risau ada yang tidak biasa dengan makanan yang berunsur santan.  Kita ikut selera mereka sudah la kan...lebih mudah dan saya tidak perlu risau..

Alberta merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri dalam negara ini dan kami tinggal di negeri British Columbia.  Memandangkan negara ini sangat luas, ia memakan masa berhari-hari untuk sampai ke satu-satu destinasi.  Bayangkan jauhnya perjalanan kami ke Calgary, ia mengambil masa hampir 5 jam dengan 1 transit airport di Vancouver.  Maka, tidak mustahil sekiranya saya katakan untuk saya sampai di Kuala Lumpur ia mengambil masa hampir 34 jam perjalanan melalui udara.  Oh, jauhnya kan!

Ramai kenalan Malaysia bertanya kenapa tidak pulang ke Malaysia.  Cuti tidak panjang sebenarnya, kami hanya memohon cuti 2 hari dengan pihak sekolah untuk menyambut hari raya di Calgary.  Apa maknanya itu, ponteng la kan...  Lagipun kos untuk pulang ke Malaysia sangat tinggi.  Insyaallah ada rezeki kita pulang ke Malaysia.

Anak dara denga ayahnya sudah sama tinggi


Bersama kenalan baru di Calgary Yan namanya







Dah sama tinggi


Sambutan hari raya di Calgary sangat menyeronokkan.  Bukan apa sudah berbulan-bulan saya dan anak-anak tidak bersembang panjang dan bermain bersama rakyat Malaysia. Ia satu pengalaman yang sangat manis. Semua bergabung tenaga masak besama-sama… ada rendang, nasi lemak, lontong nasi impit dan juga sate.  Memang menyelerakan ditambah pula ditempat saya agak sukar untuk mengadakan bahan-bahan masakan asia.  Saya sendiri mengambil peluang membeli barang-barang dapur masakan Asia di Pasaraya Lucky, Calgary.


Supermarkat Lucky

Kimchi juga yang dicari


Hampir kesemua bahan masakan Asia terdapat di Pasaraya Lucky.  Tidak sukar untuk mendapatkan barang-barang halal di sini kerana penduduk muslim di Calgary sangat ramai.  Masjid juga lebih daripada 10 buah terdapat di sini.  Syukur alhamdullilah.  berbeza dengan kami di Kitimat, memang tiada masjid lagi kerana masyarakat muslim tidak sampai 15 orang.

Ok.. kita lihat gambar.. jom!






0 ulasan