Pengalaman Puasa 18 jam

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah, hari ini merupakan hari ke-16 Ramadhan untuk tahun 2019.  Allahuakbar… syukur atas nikmatMu Ya Allah...

Keduanya saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kami sekeluarga menikmati puasa yang panjang di negara 4 musim.  Walaupun tiada bazaar Ramadhan untuk dikunjungi, tiada masjid untuk bersolat jemaah terawih.  Namun, rindu dengan suasana di Malaysia terubat sedikit.  Saya cuba memasak pelbagai masakan Malaysia.  Sesekali anak lelaki saya akan minta buatkan rendang ayam dan anak perempuan saya meminta saya masak pelbagai mee seperti mee bandung dan mee kuah.

Gambar di ambil semasa saya di Prince Rupert 2 bulan lepas jam 8.30 malam ketika maghrib


Walaupun, kami satu-satunya keluarga muslim dari Malaysia.  Kami tetap membuat sedikit persiapan sempena hari raya.  Penduduk muslim di sini tidak ramai.  Lebih kurang 20 orang sahaja daripada 8 ribu orang.  Kebanyakannya daripada Pakistan, Somalia, Indonesia dan Malaysia. Indonesia ada 1 orang dan Malaysia 5 orang.  Kami lah tuhh...

Bercerita tentang puasa… di Kanada.

Sebenarnya ada banyak waktu berbuka puasa di Kanada kerana negara ini sangat besar.  Ada yang puasa 17 jam, 16 jam dan ada yang puasa 19 jam.  Jadi untuk daerah ini, kami berpuasa lebih dari 18 jam.  Memandangkan kami berada di utara Kanada. Namun, kami telah memilih untuk berbuka puasa mengikut waktu Mekah.  Bermakna kami berpuasa lebih 16 jam.

Perbezaan waktu di sini dengan Malaysia ialah 16 jam lebih ke belakang dengan waktu Malaysia.  Bermakna kami lewat sehari dengan Malaysia.

Tentang waktu solat di sini pula, ia berubah-ubah setiap hari.  Hari ini, subuh masuk pada jam 3.35 pagi.  Maka, saya bangun untuk sahur pada hari ini jam 2.45 pagi.

Fajar menyingsing pada jam 5.23 pagi
Zuhur jam 1.32 petang,
Asar  jam 5.51 petang,
Maghrib 9.40 malam,
Isyak 11.28 malam

Haa… begitulah waktunya...boleh dikatakan setiap hari saya kena lihat waktu solat kerana ia berubah setiap hari.  Begitulah sedikit cabarannya.

Jika selama ini selepas solat subuh saya jarang tidur, namun di sini saya terpaksa tidur kerana anak-anak sekolah pergi jam 8.30 pagi.  Walaupun dalam keadaan matahari sudah terang.  Nak buat macamana kan...

Harapan saya, semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa di sini. Aminnn..



0 ulasan