Pertama kali Bertalaqqi

Entri 57

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni saya ingin kongsikan satu catatan pengalaman.....


Pada pagi Jumaat lepas, pertama kali saya akan bertalaqqi di rumah Ustazah Masraha.  Saya memperbetulkan bacaan Al-Quran.  Hati saya lebih tenang apabila lebih banyak diperuntukkan membaca Al-Quran.  Walaupun pada usia ini, saya merasakan bacaan Al-Quran saya lancar, rupa-rupanya bila pergi bertalaqqi banyak lagi yang perlu di perbetulkan.  Kadang-kadang saya malu pada Allah kerana pada usia ini masih lagi tidak membaca dengan sempurna tetapi Ustazah Mas kata bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk belajar bertalaqqi... Alhamdullilah... Saya mengambil masa selama 30 minit untuk bacaan 5 ayat Al-Quran.  Sebelum ini, saya pernah belajar tarranum bersama Ustazah Fatimah di Johor Bahru.  Namun tidak lama kerana selepas 3 bulan saya berpindah rumah mengikut arwah bapa saya bekerja di tempat lain.  Selepas itu, saya tidak lagi pergi kemana-mana kelas sehinggalah saya bertemu dengan Ustazah Masraha. Untuk kelas Makhraj dan Tajwid saya telah ikuti hampir setahun pada hari khamis petang juga bersama Ustazah Masraha.




          Walaupun kelas itu telah di war-warkan tetapi hanya 2 orang pelajar dewasa sahaja yang hadir.  Begitulah,  seperti biasa kelas-kelas yang berkaitan Al-Quran tidak ramai yang hadir.  Pelbagai alasan yang akan kita dengar.  Saya juga seperti mereka juga pada peringkat awal, jadi saya tidak salahkan siapa-siapa pun dalam hal ini. Namun saya berdoa kepada semua pembaca blog saya untuk terus belajar mendalami Al-Quran.  Banyak rahsia yang terkandung apabila kita mendekati Al-Quran.

         Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami kelas makhraj dan bertalaqqi Al-Quran bersama Ustazah Masraha boleh hubungi di nombor 019-2339924.

Sekian.  Terima kasih.

0 ulasan