UPSR pertama

Entri ke 54

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari pertama UPSR buat anak saya Lana Shafia.  Semoga Kakak dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam UPSR.

Jam 6.40 pagi kami sudah bertolak keluar dari rumah untuk menghantar Lana ke Pusat Peperiksaan SK Sg Ramal Dalam.  Saya melihat wajah Lana dalam keadaan tenang, dia kelihatan tenang.  Insyaallah dia juga boleh menjawab dengan tenang.  Apabila tenang, pastinya fikiran kita mudah berfikir dengan waras. Saya hanya boleh menghantar di pintu pagar sekolah sahaja.  Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar sehingga ke dewan peperiksaan.  Tiba-tiba hati saya sayu dan bangga melihat anak sulung sudah mula akan meninggalkan persekolahan rendahnya.  Anakku sudah semakin dewasa bermakna aku juga sudah semakin menginjak ke usia yang semakin emas.  Alhamdullilah... semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik pada kami suami isteri supaya dapat melihat anak-anak membesar serta menjalani kehidupan rumahtangga mereka.

Melihat Lana melangkah ke pintu pagar sekolah… teringat kisah saya semasa hari pertama menduduki peperiksaan UPSR.  Saya merupakan batch kedua UPSR pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Senawang.  Sebelum ini ia di kenali sebagai Penilaian Darjah 5.  Pada awal pagi, Mak menyiapkan sarapan seperti biasa.  Awal Mak bangun sebab van sekolah akan dating mengambil saya ke sekolah pada jam 6.45 pagi.  Pada pagi itu Mak berpesan supaya baca doa sebelum menjawab soalan.  Arwah Abah ada membacakan doa dan menghembuskan ke muka saya.  Jampi la kannn.  Pandai juga Abah nih…

Semasa di dalam dewan peperiksaan … alhamdullilah… saya dapat menjawab dengan tenang walaupun ada juga soalan yang aku tibai... hahahah… Bila dah habis jawab soalan hati ini ada juga terasa senangnya soalan UPSR tapi tak tahu lah sebab rasa mungkin markah sipi-sipi. entahlah...masa itu hanya bertawakkal pada Allah Taala sebab kita sudah mencuba.  Zaman saya menghadapi UPSR,  saya tidak pernah ambil kelas tuisyen.  Lagipun Arwah Abah kata cukuplah pergi kelas tambahan di sekolah. Saya fikir Arwah Abah tak cukup duit. kannn

Disebalik UPSR ini sebenarnya, saya menyimpan impian yang sangat tinggi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.  Jadi saya memang target nak capai 5A.  sekarang 6A kannn…

Alhamdullilah....keputusan UPSR saya memang cemerlang….hihihi…..5A … pwettt

Doaku dimakmulkan…..alhamdullilah....Dengar-dengarnya seramai 82 orang memperolehi 5A daripada 200 lebih calon di SK Senawang.

Tapi impian untuk ke sekolah berasrama penuh tidak tercapai…. kenapa?  kita cerita bab lain nanti ye....

Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang hebat untuk diri saya sebenarnya… siapa tahu...

Tap

0 ulasan