Niat Baik-baik

Entri 53

Catatan Harian;

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sebulan saya tidak menulis dek kerana kemalasan walaupun hari-hari sentiasa rasa di panggil untuk menulis blog.  Jadi jangan ikut cara saya… teruslah menulis kerana setiap tulisan kita sebenarnya adalah ilmu untuk orang lain tanpa kita sedari.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang niat baik-baik.  Maksudnya di sini sentiasa bersangka baik pada Tuhan kita iaitu Allah Taala.  Pada dua hari lepas, saya menerima satu WhatsApp daripada geng muslimah di kawasan rumah saya. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan semua saya sudah mengikuti 3 kali kuliah dhuha Bersama Ustazah Dr Sholihah Kaswari, belajar tentang ilmu tauhid sangat best dan senang untuk difahami.  Saya ada upload kelas dhuha yang lepas ini di YouTube.  Boleh search di youtube atas nama penuh saya.


Ada satu cerita yang saya suka kongsikan di sini.  Selepas 2 kali belajar untuk kelas dhuha, Ustazah ada menyatakan dia ada buat buku khas untuk kelas ini.  Saya mendengarnya dengan penuh rasa bersyukur memandangkan kadang-kadang saya tidak dapat menulis nota yang tertera di papan putih.  Di tambah pula bahasa yang digunakan oleh Ustazah pada aras tinggi.  Alang-alang mungkin terpejam saja mata kita sepanjang kuliah beliau. Setelah habis kelas saya pulang ke rumah sambal menunggu WhatsApp daripada ketua muslimah.  Saya mengagak mungkin harga buku itu dalam RM 20.

Selepas seminggu berlalu,  saya menerima WhatsApp daripada group muslimah diketuai Kak Siti Jariah tentang pembayaran buku tersebut.   Sebenarnya saya agak terkejut dengan harga buku itu tetapi sebenarnya ok aje.  Lagipun ia memang buku yang sangat bermanfaat ditambah pula dengan ilmu daripada Dr Sholehah.  Saya terkejut sebab saya tidak kecukupan wang untuk membayar buku itu.  Pada masa itu hati saya berdetik… "Kalaulah dapat buku itu percuma seronoknya lah" tapi dalam masa yang sama hati saya juga berkata-kata "siapa kita sampai nak dapat free"... saya memujuk hati dengan mengatakan insyaallah pasti ada rezeki untuk saya membayarnya.  Saya terus menyenaraikan nama saya dalam senarai 'berminat untuk membeli'.  Saya malas nak minta duit pada suami memandangkan gaji belum masuk lagi.

Namun apa yang terjadi, pada petang itu saya mendapat panggilan daripada jiran kesayangan saya, Mas.  Mas memberitahu nak hantar buku yang saya pesan memandangkan dia ambil sekali untuknya semasa menyinggah rumah Kak Siti Jariah yang terletak di lorong sebelah.  Saya amat terperanjat apabila Mas beritahu dia sudah bayarkan sekali buku itu pada Kak Siti Jariah.  Pada masa itu hati saya terus berkata-kata baiknya Mu Ya Allah.   Kau mendengar setiap kata-kata hambaMu.  Alhamdullilah...

Kesimpulan daripada kisah ini, saya katakan sentiasa bersangka baik lah dengan Allah.  Apabila kita bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmuNya.  Tahulah Dia cara untuk membantu kita… alhamdullilah aminnn..

Buat Mas.... semoga dirimu sentisa dimurahkan rezeki yang luar biasa dan dipelihara daripada bencana buat seluruh ahli keluarganya.  aminnn

Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family

0 ulasan