trade in mesin jahit

Entri 49

Assalamualaikum w.b.t

Cerita perkongsian saya yang seterusnya ialah tentang mesin jahit.. Sebelum ni saya sudah ada mesin jahit tapi sekadar jahit yang nipis-nipis.  Saya tak pernah ambil tempahan pun hanya sekadar hobi…

Nak dijadikan cerita sejak tahun lepas saya adalah terjebak dengan group jahit beg.  Bermula dari negara orang puteh sampailah ke Malaysia ramainya lah saya jumpa yang menjahit beg.  Seronok rupanya menjahit beg ni.  Kalau jahit beg memang ada di kalangan kenalan rapat yang ambil tempahan dengan saya.  Saya hanya ambil tempahan jahitan totebag sahaja sebab mesin saya memang tak boleh jahit tebal… dah cuba dan memang huru-hara jahitannya.  Tak cantik langsung… kalau saya tak puas hati dengan jahitan saya, selalunya saya bagi free je pada kenalan saya yang tempah.  Tak sampai hati minta bayaran upah.  mmmmmmm

Cerita ini adalah lanjutan dari hari yang sama yang mana saya berkejar membaiki basikal dan seterusnya menerima panggilan daripada En Nazri.  Alhamdullilah saya dapat jumpa dengan orang yang sudi menerima mesin lama saya dan mengesyorkan mesin baru pula pada saya… seronoknya lah…

Inilah mesin yang saya trade in

Ini mesin yang disyorkan

Taraaaa…. dah sampai...baru siap pasang…

Kata En Nazri… mesin ini masih baru dalam pasaran Malaysia... mesin jahit portable walking foot jenama singer.  Kegunaannya untuk menjahit bahagian yang tebal seperti kulit, PVC, jeans dan kain-kain yang tebal.

Saya amat berpuas hati dengan servis En Nazri.  Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli ataupun trade in mesin bolehlah berurusan dengan En Nazri, tel : 019-6173577.  Boleh google naztrading.com.my ataupun nazri bajuri trading.

Salah satu sebab saya trade in sebab ruang untuk menjahit sudah semakin sempit.  Maknanya banyak barang la kannn….dan senang saya nak bawa travel.  Kononnya la kan...

Ok … sampai di sini perkongsian saya.. insyallah kita berjumpa di lain entri.



0 ulasan