Pengalaman Solat Tahajjud dan tips-tips

Entri 52

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya nak tanya?  Sebelum anda tidur...ada tak terfikir dan bercadang nak buat apa...selepas celik mata.  Selalunya kita akan fikirkan perkara 2 jam selepas kita celik mata.  Selalunya lahh...itu saya…

   Kadang-kadang celik mata kita yang pertama adalah pada jam 2 pagi… betul tak?  dan kita terpejam semula… saya juga begitu sangat selalu…

    Pada minggu lepas , selepas saya mendengar ceramah seorang ustazah.  Beliau mengatakan Allah mengajar kita dengan pelbagai cara dan Allah juga mengejutkan kita dengan pelbagai cara.  Dan sebenarnya Allah mengejutkan kita pada jam 2 pagi itu untuk mengingatkan kita supaya ingat padaNya.  Solat Tahajjuad padaNya… Allah sayangkan pada kita…

    Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya mula-mula bangun solat tahajjud.  Semasa saya ingin menduduki SPM, saya boleh bangun malam dan senang bangun malam.  Kenapa senang sebab saya bermatlamat untuk cemerlang dalam SPM.  Memang betul Allah kejutkan saya tepat jam 3 pagi.  Namun saya hanya kadang-kadang sahaja melakukakn solat tahajjud.  Saya terlupa bahawasanya yang berikan kejayaan itu sebenarnya dariNya.  Penyayangnya Allah..Allah berikan keputusan cemerlang pada saya.

    Semasa saya ingin mencari jodoh yang sesuai untuk pasangan hidup saya.  Saya mohon pada Allah untuk kejutkan saya ada jam 2 pagi sebab saya nak berdoa dan beribadah padaNya,  mohon padaNya supaya jodoh saya adalah pilihan terbaik daripadaNya.  Allah memang sentiasa celikkan mata saya tepat jam 2 pagi.  Saya melakukan secara istiqamah selama 3 bulan.  Namun apabila saya sudah dapat apa yang saya hajati saya lupa semula untuk istiqamah dalam beribadah padaNya tiap-tiap pagi.

   Semasa saya bekerjaya, saya mula memberi alasan untuk tidak bangun lagi solat tahajjud.  Allahuakbar… penat dan sakit badan sentiasa bermain di minda saya bertahun-tahun lamanya.  Allah kejutkan saya jam 3 pagi, namun saya hanya melepaskan hajat ke bilik air dan sambung semula tidur. Sedangkan kaki ini sudah melangkah untuk mengambil wuduk.  Walaupun begitu, Allah tetap beri rezeki yang luar biasa pada saya.  Syukur Alhamdullilah... Baiknya Allah pada kita.

   Selama ini saya solat tahajjuad hanya ingin meminta untuk diri sendiri sahaja.  Betapa kerdil dan sombongnya saya.  Bukan solat kerana kita adalah hambaNya.  Tuhan yang menciptakan kita… Bila sudah dapat apa yang kita hajati kita lupa.  Manusia mudah lupa, memang betul manusia mudah sangat lupaaaa…

    Ustazah kata sebenarnya Allah nak kita ingat padaNya… Tugas kita mengingatkan antara satu sama lain dan cuba terus terusan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Apabila kita ingat dan sujud padaNya, kita jangan risau tentang yang lain tentang duniawi.  Tahulah Allah mengaturkan.  Wallahu'aklam…

   Begitulah sedikit perkongsian saya pada hari ini, saya tidak mengata pada yang lain tetapi ia sebagai peringatan kepada diri saya tentang jam 3 pagi.

2 ulasan