Travel ke Kota Paris

Entri ke 51

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang hidup ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana pernah menjejakkan kaki ke kota Paris selama 2 kali.  Pertama saya mengikut suami bertugas dan yang keduanya saya pergi bersama syarikat Zhulian kerana berjaya memenuhi syarat-syarat sebagai pengedar cemerlang.. cewahh.. sebab cemerlang jadi syarikat bawa lah pergi jenjalan.

         Apa yang saya ingin kongsikan kali ini bukanlah tentang pengalaman pengembaraan saya sebenarnya.  Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah dan banyak kali menjejakkan kaki di Kota Paris... kota fesyen orang kata.  sebenarnya saya nak kongsikan tentang impian.

         Sejak kecil lagi...saya memang berimpian untuk pergi melancong ke luar negeri dan belajar ke luar negara bila besar nanti.  Bermula UPSR, SRP dan seterusnya SPM... impian saya tidak pernah padam dan saya sentiasa berdoa.  Selepas SPM saya cuba untuk apply belajar ke luar negara tetapi keputusan SPM saya tidak cukup syarat untuk melayakkan diri untuk belajar hingga ke luar negara.  Namun saya bersyukur rupa-rupanya Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar… saya berjaya ke Paris pada usia yang amat sesuai… Allah kirimkan doa saya untuk sampai ke Paris bersama suami dan anak-anak.. alhamdullilah

      Jadi kesimpulannya… teruskan berdoa pada Allah kerana Allah lebih mengetahui daripada kita…Jangan berburuk sangka padaNya..

Koleksi Sitikb




Koleksi Sitikb





Koleksi Sitikb






Kalau ada gambar senget tuhhh… abaikan je lah ye...hahahaha….

Tak pa...ramai boleh check kat google...

Boleh juga kunjungi YouTube saya : Siti Khairulbariah Story  …. Jangan lupa subscribe😁

byeeee...

Catatan pengalaman si pengembara


0 ulasan