Pengalaman Belajar Menunggang Kuda

Entri ke 35

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini kembali lagi menjadi blogger.. tak pernah konsisten kan...tak pa yang penting sentiasa berterusan walaupun tenggelam timbul.  Doakan semoga saya konsisten selepas ni...hahha

Hari ni saya nak kisahkan pengalaman belajar menunggang kuda.  Sebenarnya dah lama teringin nak belajar menunggang kuda.  First time saya menunggang kuda bila tengok si Tengku apa tah tunggang kuda di Putrajaya Equestrian dalam cerita Ariana Ross.  Entah kenapa hati membuak-buak nak try.  Saya pun search pakcik google..mencari Putrajaya Equestrian bersama anak-anak saya.  Rupanya di situ boleh try tunggang kuda 1 round RM 10.  Mula-mula fikir kedekutnya 1 round.  Sekali bila naik... mak aiii rasa nak terjatuh.. rasa nak berenti.. macam-macam perasaan.. bila turun sahaja daripada kuda rasa gelong..pusing..hahahha..baru tau...patut la admin tu kata cukup 1 round... Tak baik betul berburuk sangka.

Pada saat itu, saya rasa teringin nak belajar.. kepada sesiapa yang nak belajar boleh hubungi http://www.tep.my/  atau pun hubungi 03-88886080 .. senang je nak cari yang buat SEA GAMES hari tuh...

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat meneruskan di sini kerana yuran agak tinggi.  so terpaksalah saya mendiamkan diri.. sampai lah satu hari tu..jeng jeng jeng terjumpa di UPM.. punya lah dekat dengan rumah.  Saya juga terlupa saya ex-upm.  pusat ekuin UPM.  Kepada sesiapa berminat boleh hubungi Puan Za 01113024408.

Jom layan gambar..hihihi

Koleksi Sitikb
Ini adalah gambar yang diambil pada hari pertama kelas, memang huru-hara sangat...hahahah




Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Time ni dah terror sikit.. buat skill trot ..kihkih


Koleksi Sitikb
Coach yang paling ohsem.. siap beritahu macam-macam perkara supaya sentiasa bersedia.  Cara pegang whip

Koleksi Sitikb
Macam dah terro la sikit...seumur hidup punyalah takut nak bagi makan pada kuda.  Kuda pun kesian kat kita.  Adoiilah.




Ok...kita relax dulu...catatan pengalaman menunggang kuda.. bye..








0 ulasan