10 kelebihan berenang

Entri 27

Assalamualaikum w.b.t


Pada kali ini saya ingin titipkan tip kesihatan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman.

Tak sabar rasanya nak menulis pasal 10 kelebihan berenang :-

1.  Di anggap sebagai latihan kardio dan kekuatan

Bergerak terus menerus semasa berenang merupakan senaman kardio.  "Selain itu air 800 kali lebih padat daripada udara," kata pelatih renang dan triatlon Earl Walton serta pemilik Tailwind Endurance di New York City.  Dengan berenang otot-otot mengalami resistensi konsisten.  Dengan demikian, kita mendapatkan latihan kardio sekaligus kekuatan.

2.  Termasuk senaman impak ringan

Senaman berimpak ringan bermakna boleh dilakukan mereka yang cedera atau yang harus berhati-hati disebabkan oleh masalah sendi.  "Anda boleh berenang dengan intensiti lebih tinggi secara teratur tanpa khuatir membahayakan tubuh", kata Walton.  Kajian juga mendapati renang itu baik untuk pemulihan akibat kecederaan sukan, khususnya ketika ingin bersenam secara ringan saja.

3.  Bagus untuk paru-paru

Ketika kepala ada di dalam air, oksigen di tubuh terbatas.  "Tubuh beradaptasi menggunakan oksigen lebih efisien," kata Walton.  Tubuh pun belajar mengambil udara segar di setiap hela nafas dan melepaskan karbon dioksida di setiap hembusan nafas.

Sebuah kajian di Indian Journal of Phisiology and Pharmacology mendapati, perenang memiliki jumlah udara yang masuk dan keluar paru-paru lebih baik sewaktu bernafas relaks berbanding pelari. Hal ini memberi impak dengan merendahkan degupan jantung dan tekanan darah.

4.  Jadi pelari lebih baik

Dengan meningkatnya kemampuan menggunakan oksigen secara efektif, renang meningkatkan kapasiti daya tahan.  Mengikut kajian, hasil daripada berenang.  Pelari mampu berlari sehingga enam peratus lebih baik setelah 12 sesi renang.

5.  Semua dapat melakukannya.

Sama ada anda sedang memulihkan diri daripada cedera, wanita hamil, ibu baru melahirkan atau pun atlet Ironman, renang adalah senaman yang bagus bagi semua.  Anda dapat mengatur kecepatan, intensiti dan hal yang dicapai setelah setiap sesi.

6.  Membuang semua stress

Bersenam memang menghasilkan endorfin yang menurunkan kadar stress.  Mengapung di kolam itu efektif mengurangi gejala pesakit yang menderita penyakit stress kronik.

7.  Membantu awet muda

Orang yang rajin berenang 20 tahun lebih muda daripada usia biologinya.  Ia berdasarkan hasil kajian dari Universiti Indiana.  Ilmuwan mengatakan bahkan usia 70, berenang mempengaruhi tekanan darah, kadar kolesterol dan penjagaan kesihatan jantung serta salur darah, kesihatan sistem saraf pusat, fungsi kognitif, jisim otot, sifat kimia darah yang identik ditemukan pada orang yang lebih muda.  Berenang membantu menjaga penjagaan kesihatan dalaman manusia.

8.  Melatih otot-otot yang kurang bergerak

"Anda duduk dipejabat dengan tanpa lengan tegak di atas kepala," kata Walton.  Namun ketika berenang, lengan boleh bergerak ke mana-mana.  Maknanya kita perlu menggerakkan bahagian tubuh yang sering diabaikan.

Bahagian tubuh itu tidak boleh dilatih ketika kita sedang berlari atau berbasikal.  Ditambah lagi, kerana berenang itu lebih kepada soal keseimbangan dan kedua tangan serta kaki bergerak.  Berenang membantu mengembangkan otot-otot di perut dan punggung bawah yang kurang dilatih wanita.  Bermakna berenang akan menjaga penjagaan kesihatan luaran juga.

9.  Membuat otak lebih cerdas

Aliran darah ke otak meningkat sampai 14 peratus ketika anda menceburkan diri di air sampai jantungnya, berdasarkan kajian di Journal of Phisiology.  Penyelidik percaya tekanan air di rongga dada berhubungan dengan hal itu.  Ketika ini di peringkat awal kajian penyelidik sedang meneliti apakah berenang di dalam air memperbaiki aliran darah ke otak lebih baik dibandingkan di daratan.

10.  Memberi pengalaman menarik

Dengan kemampuan berenang, sewaktu bercuti kita dapat menikmati alam sekeliling dengan lebih baik.  Misalnya saja, berenang atau snorkeling di pantai atau tasik yang bersih.  "Berenang adalah keterampilan hidup.  Renang membuka pintu menuju banyak hal yang menyenangkan," kata Walton

Sumber : kompas.com majalah isihat, April 2017















0 ulasan